Laporan Alih Suara Filem Ice Age III ke dalam Bahasa Kantonis
1.0 Pengenalan Projek yang kami lakukan adalah projek pengalihan suara atau ‘dubbing’ filem Ice Age III. Kami memilih filem Ice Age III ini disebabkan filem ini merupakan filem kartun yang menghiburkan dan lebih senang dilakukan (memandangkan kami mempunyai alat yang terhad). Bahasa asal dalam filem adalah bahasa Inggeris dan telah dialih suara kepada dialek Kantonis. Klip video yang panjangnya 25 minit ini adalah berkisahkan pengembaraan sekumpulan binatang untuk menyelamatkan seekor sloth iaitu Sid yang telah ditangkap oleh seekor ibu dinosaur. Dalam perjalanan mereka, mereka terserempak dengan seekor possum yang bernama Buck yang masak dengan selok belok dan kehidupan dalam hutan. Buck membantu sekumpulan binatang itu untuk menyelamatkan Sid. Cerita ini banyak mengandungi adegan lucu dan aksi. Berikut merupakan senarai suara watak–watak dalam projek kami: Chai Wen Ding – Salah seekor kembar (Crash) dan singa (Diego) Chan Yoke Puai – Sloth (Sid) Chen Woon Ching – Suami gajah (Manny) Sim Yin Yin – Possum (Buck) Teoh Wei Wei – Salah seekor kembar (Eddie) dan Isteri Gajah (Allie)
2.0 Objektif
Laporan ini akan membincangkan penghasilan alih suara dan masalah yang dihadapi. Cara–cara mengatasi masalah yang dihadapi juga akan diteliti. Strategi–strategi yang digunakan adalah berkaitan dengan pengajaran terjemahan.
3.0 Rujukan Maklumat Whether domesticating or foreignising in its approach, any form of audiovisual translation ultimately plays a unique role in developing both national identities and national stereotypes. The transmission of cultural values in screen translation has received very little attention in the literature and remains one of the most pressing areas of research in translation studies. Mona Baker and Braño Hochel (1997: 76) Berdasarkan petikan kata di atas, semasa menterjemah skrip, keputusan sama ada untuk mengekalkan budaya asal atau mengubah menjadi budaya sasaran perlu dibuat. Translating in a transparent, fluent, 'invisible' style in order to minimise the foreignness of the target text" (Munday 2001: 146) Terjemahan mestilah mengikut gaya bahasa sasaran supaya ia boleh kelihatan sejadi dan tidak janggal.
4.0 Proses Penghasilan Alih Suara Pertama sekali, kajian dibuat terhadap skrip bagi klip video yang dipilih. Skrip diterjemah dengan merujuk pada filem supaya bersesuaian dan relevan dengan filem. Kemudian, pengalih–pengalih suara mula berlatih dialog masing–masing sebelum memulakan rakaman. Selepas rakaman dilakukan pula, kerja–kerja teknikal seperti pemotongan video, penyeragaman suara dan pemasukan bunyi latar dilakukan. Perisian yang digunakan ialah Power Director dan soundtrack filem Ice Age telah dimuat turunkan. Sepanjang proses menghasilkan alih suara ini, banyak masalah yang telah dihadapi dan banyak kaedah mengatasi yang telah diambil.
4.1 Masalah dan Kaedah Mengatasi
4.1.1 Budaya Masalah bukan teknikal yang dihadapi semasa pembikinan alih suara filem adalah untuk menginterpretasi budaya bahasa Inggeris kepada budaya bahasa Kantonis. Oleh sebab kedua–dua budaya adalah amat berbeza sekali, pengalih suara cuba menginterpretasinya mengikut budaya bahasa sasaran supaya hasil alih suara kelihatan sejadi dan tidak janggal. Selain itu, penonton sasaran juga boleh mengalami kesan yang sama dengan penonton asal. Masalah pertama yang dibincangkan di sini ialah mainan kata dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, Contoh 1: Buck: I knew that guy when he was a caterpillar. You know, before he came out. BK: ngo sik go tiu yao geh si hou kui zhong hai tiu chong zai je (Masa saya kenal dia, dia masih seekor ulat kecil) Berdasarkan contoh di atas, ‘came out’ dalam bahasa Inggeris mempunyai makna ganda. Makna yang literal adalah ‘keluar dari kepompong’ tetapi makna tersiratnya ialah ‘mengaku bahawa dia sendiri ialah seorang homoseksual’. Oleh sebab sistem kedua–dua bahasa Inggeris dan bahasa Kantonis adalah berbeza, maka makna ganda itu tidak dapat disampaikan kepada penonton sasaran. Untuk mengukuhkan lagi makna tersiratnya, warna rama–rama dalam filem juga menunjukkan warna tema golongan homoseksual. Hal ini bermakna, alih suara bukan sahaja hanya mengambil kira skrip, tetapi juga unsur–unsur visual yang lain. Masalah ini tidak dapat dielakkan disebabkan perbezaan budaya dan pengalih suara terpaksa memilih hanya satu makna yang bersesuaian dengan budaya sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, pengalih suara telah memilih makna literalnya kerana lebih bersesuaian dengan budaya bahasa sasaran. Walau bagaimanapun, teknik ini masih tidak menyampaikan mesej/jenaka yang ingin disampaikan oleh penutur asal. Oleh itu, penjelasan dalam bentuk visual boleh dilakukan supaya penonton sasaran juga boleh menggarap makna ganda yang ingin disampaikan. Contoh 2: Diego – Dai lou (abang sulung/ketua) Buck – Bahak (tiada maksud tertentu) Penginterpretasian budaya juga merangkumi interpretasi nama watak. Nama watak tidak boleh dikekalkan dalam filem yang telah dialih suara kerana ini akan menyebabkan filem itu menjadi janggal. Oleh itu, kaedah adaptasi (Vinay&Darbelnet 1958) digunakan. Nama singa iaitu Diego telah ditukar kepada “ketua” dalam bahasa sasaran. Nama Diego itu diinterpretasikan menjadi gelaran yang sesuai digunakan bagi watak itu dan sejadi dalam bahasa sasaran. Bagi nama Buck pula, kaedah transliterasi (Catford 1965:66) digunakan. Sistem ejaan dan bunyi telah ditukar supaya bersesuaian dengan bahasa sasaran. Contoh 3: Diego: Sight seeing. Looking for Sid, same as you! BK: 睇风景,废话!梗系嚟搵石仔啦! Tai fung ging, fai wa! gang hai lei wan sek zai la! (Menikmati pemandangan. Mengarut, mestilah mencari Sid.) Berdasarkan contoh di atas, pendekatan komunikatif (Hatim & Mason 1990:3) digunakan untuk menginterpretasi ayat asal kepada bahasa sasaran. Jelas sekali, terdapat perbezaan antara ayat asal dengan ayat sasaran. Terdapat penambahan ‘fai wa’ (mengarut) yang lebih sejadi dengan bahasa sasaran berdasarkan intonasi dan keadaan dalam babak filem itu. Contoh 4: Twins: How do you think I feel? BK: 咁我地咪仲… Gam ngo dei mai zong… (Kami lagi…) Pendekatan komunikatif digunakan untuk menginterpretasi ayat asal ke dalam bahasa sasaran. Terjemahan literal tidak dilakukan tetapi mesejnya telah disampaikan dengan efektif dalam bahasa sasaran. Walaupun maksud ayat asal dengan ayat sasaran adalah berbeza sama sekali, tetapi kesan yang sama telah disampaikan kepada penonton sasaran dengan bantuan visual dan intonasi pengalih suara. Contoh 5: Buck: Geronimo! BK: ahhhhhhhhhhhhhhhhh! Menurut kamus Oxford, Geronimo /dZ@"rQnIm@U/ exclam. used to express exhilaration when leaping or moving quickly. - ORIGIN Second World War: adopted as a slogan by Amer. paratroopers, by assoc. with the Apache chief Geronimo. Geronimo, secara amnya merupakan suatu ungkapan yang digunakan dalam budaya bahasa Inggeris semasa terjun dari sesuatu tempat. Ungkapan ini tidak wujud atau boleh digunakan dalam sebarang budaya yang lain. Oleh itu, dalam projek alih suara ini, ungkapan ‘geronimo’ hanya diinterpretasikan menjadi suara jeritan yang biasa digunakan semasa terjun dari tempat yang tinggi.
4.1.2 Penyeragaman Bibir Dalam alih suara, penyeragaman bibir penutur asal dengan suara pengalih suara adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan dan meningkatkan keselesaan penonton sasaran. Penghasilan skrip alih suara mestilah bersesuaian dengan bilangan suku kata dan tempoh masa pergerakan bibir watak dalam filem. Contoh 1 Twins: You wet my bed? (4 suku kata) BK: 你在我张床度赖尿? (nei hai ngo cheong chong dou lai liu) (8suku kata) (Kamu kencing atas katil saya?) Maksud bahasa asal dapat dikekalkan tetapi ayat dalam bahasa sasaran lebih panjang berbanding dengan bahasa asal. Dalam kes ini, pengguguran atau penstrukturan semula ayat tidak dapat dilakukan. Oleh itu, pengalih bahasa mesti menambahkan kelajuan pertuturan supaya bersesuaian dengan bibir watak dalam filem. Contoh 2 Twins: Night time is possum time. Yeah we own the night baby (13 suku kata) BK: 夜晚系我地嘅时间啊,Babe! (Ye man hai ngo dei geh si gan ah babeh!) (11 suku kata) (Malam ialah masa kami, beb!)
Berdasarkan contoh di atas, kaedah gabungan ayat dilakukan. Terdapat dua ayat dalam bahasa asal tetapi penggabungan telah dilakukan dalam bahasa sasaran. Hal ini disebabkan, jika kedua–dua ayat itu diinterpretasikan, maka ayat itu akan menjadi terlalu panjang dan membebankan pengalih suara. Di samping itu, penggabungan ayat telah mengurangkan bilangan suku kata dan seterusnya memberikan masa yang lebih panjang untuk pengalih suara menuturkan ayat itu, yang menjadikannya lebih sejadi dalam bahasa sasaran, berbanding dengan bertutur dengan pantas.
Contoh 3: Allie: This is not the time guys. We need all the help we can get! (14 suku kata) BK: Yi ka mm hai chou kau geh si hau ah! (10 suku kata) (Sekarang bukan masa bergaduh!)
Berdasarkan contoh ketiga, kaedah pengguguran (Jing Chen 2007:540) dilakukan terhadap ayat sasaran. Pengguguran terpaksa dilakukan terhadap ayat kedua dalam bahasa asal kerana jika diinterpretasikan, ayat itu akan menjadi terlalu panjang dan penyeragaman bibir dengan suara sukar dilakukan. Dapat diperhatikan bahawa ayat pertama yang diinterpretasikan dalam bahasa Kantonis sudah mengandungi 10 suku kata. Kaedah penggabungan seperti dalam contoh 2 tidak dapat dilakukan. Maka pengalih suara terpaksa menggugurkan ayat yang kedua yang dirasakan boleh digugurkan kerana tidak mengandungi maklumat yang penting. Mesej utama yang ingin disampaikan telah diinterpretasikan dalam bahasa sasaran.
4.1.3 Suara Oleh sebab ahli kumpulan dalam projek ini amat terhad dan semuanya terdiri daripada perempuan, maka masalah kekurangan suara lelaki sukar untuk diatasi. Sesetengah ahli kumpulan terpaksa menyamar suara lelaki dan sesetengah watak yang asalnya lelaki, telah ditukar menjadi suara perempuan. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan perisian, tetapi disebabkan kekurangan bajet dan kepakaran, pengalih suara hanya berupaya menjalankan tugas masing–masing mengikut kebolehan sendiri. Bagi bunyi dan suara binatang pula, bunyi asal dalam filem dikekalkan dengan menggunakan perisian Power Director.
4.1.4 Masalah Teknikal Disebabkan kekurangan kepakaran, penyeragaman bibir dengan suara memakan masa yang panjang. Selain itu, terdapat juga masalah komputer yang menyebabkan kerja alih suara terpaksa dilakukan beberapa kali. Masalah teknikal lain yang dihadapi ialah kesukaran untuk memilih muzik latar yang bersesuaian dengan babak dalam filem. Muzik latar perlu dimasukkan dalam hampir kesemua babak dalam filem untuk mengurangkan bunyi persekitaran semasa rakaman dilakukan. Pemilihan muzik melalui soundtrack yang dimuat turun memakan masa yang lama dan pemasukan muzik ke dalam filem juga amat sukar bagi pengalih suara.
5.0 Kesimpulan Kerja alih suara adalah suatu kerja yang memerlukan tahap kesabaran dan kepakaran yang tinggi. Kelebihan alih suara filem kartun ialah ia lebih mudah untuk menyeragamkan bibir watak dengan suara pengalih suara. Hal ini disebabkan pergerakan bibir watak kartun tidak sejelas pergerakan bibir manusia. Selain itu, suara jantina dalam watak binatang juga boleh ditukar jika dibandingkan dengan suara manusia. Jantina manusia kelihatan sangat ketara dan jika suara tidak bersesuaian dengan jantina itu, maka hasil alih suara akan kelihatan janggal. Kekurangan alih suara filem kartun pula ialah kesukaran untuk menyamar suara binatang yang pelik–pelik. Di samping itu., kerja memasukkan bunyi binatang itu juga memakan masa yang panjang. Selain itu, disebabkan filem ini merupakan filem lawak, maka terdapat banyak jenaka yang sukar disampaikan kepada penonton sasaran kerana kekangan dalam bahasa itu sendiri. Penyediaan laporan melalui wikispaces ini menjimatkan masa, wang dan kertas. Pelajar tidak perlu lagi keluar mencetak laporan dan pergi ke bilik pensyarah untuk menghantarnya. Diharapkan kaedah menyediakan laporan melalui wikispaces ini boleh diteruskan pada masa hadapan.
6.0 Rujukan
Hornby.A.S., 2005, Oxford Advanced Learner's Dictionary, Oxford University Press Elt
Jing Chen, 2007, Meta : journal des traducteurs / Meta: Translators' Journal, vol. 52, n° 3,p. 529-541.
1.0 Pengenalan
Projek yang kami lakukan adalah projek pengalihan suara atau ‘dubbing’ filem Ice Age III. Kami memilih filem Ice Age III ini disebabkan filem ini merupakan filem kartun yang menghiburkan dan lebih senang dilakukan (memandangkan kami mempunyai alat yang terhad). Bahasa asal dalam filem adalah bahasa Inggeris dan telah dialih suara kepada dialek Kantonis.
Klip video yang panjangnya 25 minit ini adalah berkisahkan pengembaraan sekumpulan binatang untuk menyelamatkan seekor sloth iaitu Sid yang telah ditangkap oleh seekor ibu dinosaur. Dalam perjalanan mereka, mereka terserempak dengan seekor possum yang bernama Buck yang masak dengan selok belok dan kehidupan dalam hutan. Buck membantu sekumpulan binatang itu untuk menyelamatkan Sid. Cerita ini banyak mengandungi adegan lucu dan aksi. Berikut merupakan senarai suara watak–watak dalam projek kami:
Chai Wen Ding – Salah seekor kembar (Crash) dan singa (Diego)
Chan Yoke Puai – Sloth (Sid)
Chen Woon Ching – Suami gajah (Manny)
Sim Yin Yin – Possum (Buck)
Teoh Wei Wei – Salah seekor kembar (Eddie) dan Isteri Gajah (Allie)
2.0 Objektif
Laporan ini akan membincangkan penghasilan alih suara dan masalah yang dihadapi. Cara–cara mengatasi masalah yang dihadapi juga akan diteliti. Strategi–strategi yang digunakan adalah berkaitan dengan pengajaran terjemahan.
3.0 Rujukan Maklumat
Whether domesticating or foreignising in its approach, any form of audiovisual translation ultimately plays a unique role in developing both national identities and national stereotypes. The transmission of cultural values in screen translation has received very little attention in the literature and remains one of the most pressing areas of research in translation studies.
Mona Baker and Braño Hochel (1997: 76)
Berdasarkan petikan kata di atas, semasa menterjemah skrip, keputusan sama ada untuk mengekalkan budaya asal atau mengubah menjadi budaya sasaran perlu dibuat.
Translating in a transparent, fluent, 'invisible' style in order to minimise the foreignness of the target text"
(Munday 2001: 146)
Terjemahan mestilah mengikut gaya bahasa sasaran supaya ia boleh kelihatan sejadi dan tidak janggal.
4.0 Proses Penghasilan Alih Suara
Pertama sekali, kajian dibuat terhadap skrip bagi klip video yang dipilih. Skrip diterjemah dengan merujuk pada filem supaya bersesuaian dan relevan dengan filem. Kemudian, pengalih–pengalih suara mula berlatih dialog masing–masing sebelum memulakan rakaman. Selepas rakaman dilakukan pula, kerja–kerja teknikal seperti pemotongan video, penyeragaman suara dan pemasukan bunyi latar dilakukan. Perisian yang digunakan ialah Power Director dan soundtrack filem Ice Age telah dimuat turunkan. Sepanjang proses menghasilkan alih suara ini, banyak masalah yang telah dihadapi dan banyak kaedah mengatasi yang telah diambil.
4.1 Masalah dan Kaedah Mengatasi
4.1.1 Budaya
Masalah bukan teknikal yang dihadapi semasa pembikinan alih suara filem adalah untuk menginterpretasi budaya bahasa Inggeris kepada budaya bahasa Kantonis. Oleh sebab kedua–dua budaya adalah amat berbeza sekali, pengalih suara cuba menginterpretasinya mengikut budaya bahasa sasaran supaya hasil alih suara kelihatan sejadi dan tidak janggal. Selain itu, penonton sasaran juga boleh mengalami kesan yang sama dengan penonton asal.
Masalah pertama yang dibincangkan di sini ialah mainan kata dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh,
Contoh 1:
Buck: I knew that guy when he was a caterpillar. You know, before he came out.
BK: ngo sik go tiu yao geh si hou kui zhong hai tiu chong zai je
(Masa saya kenal dia, dia masih seekor ulat kecil)
Berdasarkan contoh di atas, ‘came out’ dalam bahasa Inggeris mempunyai makna ganda. Makna yang literal adalah ‘keluar dari kepompong’ tetapi makna tersiratnya ialah ‘mengaku bahawa dia sendiri ialah seorang homoseksual’. Oleh sebab sistem kedua–dua bahasa Inggeris dan bahasa Kantonis adalah berbeza, maka makna ganda itu tidak dapat disampaikan kepada penonton sasaran. Untuk mengukuhkan lagi makna tersiratnya, warna rama–rama dalam filem juga menunjukkan warna tema golongan homoseksual. Hal ini bermakna, alih suara bukan sahaja hanya mengambil kira skrip, tetapi juga unsur–unsur visual yang lain.
Masalah ini tidak dapat dielakkan disebabkan perbezaan budaya dan pengalih suara terpaksa memilih hanya satu makna yang bersesuaian dengan budaya sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, pengalih suara telah memilih makna literalnya kerana lebih bersesuaian dengan budaya bahasa sasaran. Walau bagaimanapun, teknik ini masih tidak menyampaikan mesej/jenaka yang ingin disampaikan oleh penutur asal. Oleh itu, penjelasan dalam bentuk visual boleh dilakukan supaya penonton sasaran juga boleh menggarap makna ganda yang ingin disampaikan.
Contoh 2:
Diego – Dai lou (abang sulung/ketua)
Buck – Bahak (tiada maksud tertentu)
Penginterpretasian budaya juga merangkumi interpretasi nama watak. Nama watak tidak boleh dikekalkan dalam filem yang telah dialih suara kerana ini akan menyebabkan filem itu menjadi janggal. Oleh itu, kaedah adaptasi (Vinay&Darbelnet 1958) digunakan. Nama singa iaitu Diego telah ditukar kepada “ketua” dalam bahasa sasaran. Nama Diego itu diinterpretasikan menjadi gelaran yang sesuai digunakan bagi watak itu dan sejadi dalam bahasa sasaran. Bagi nama Buck pula, kaedah transliterasi (Catford 1965:66) digunakan. Sistem ejaan dan bunyi telah ditukar supaya bersesuaian dengan bahasa sasaran.
Contoh 3:
Diego: Sight seeing. Looking for Sid, same as you!
BK: 睇风景,废话!梗系嚟搵石仔啦!
Tai fung ging, fai wa! gang hai lei wan sek zai la!
(Menikmati pemandangan. Mengarut, mestilah mencari Sid.)
Berdasarkan contoh di atas, pendekatan komunikatif (Hatim & Mason 1990:3) digunakan untuk menginterpretasi ayat asal kepada bahasa sasaran. Jelas sekali, terdapat perbezaan antara ayat asal dengan ayat sasaran. Terdapat penambahan ‘fai wa’ (mengarut) yang lebih sejadi dengan bahasa sasaran berdasarkan intonasi dan keadaan dalam babak filem itu.
Contoh 4:
Twins: How do you think I feel?
BK: 咁我地咪仲…
Gam ngo dei mai zong…
(Kami lagi…)
Pendekatan komunikatif digunakan untuk menginterpretasi ayat asal ke dalam bahasa sasaran. Terjemahan literal tidak dilakukan tetapi mesejnya telah disampaikan dengan efektif dalam bahasa sasaran. Walaupun maksud ayat asal dengan ayat sasaran adalah berbeza sama sekali, tetapi kesan yang sama telah disampaikan kepada penonton sasaran dengan bantuan visual dan intonasi pengalih suara.
Contoh 5:
Buck: Geronimo!
BK: ahhhhhhhhhhhhhhhhh!
Menurut kamus Oxford,
Geronimo /dZ@"rQnIm@U/
exclam. used to express exhilaration when leaping or moving quickly.
- ORIGIN Second World War: adopted as a slogan by Amer. paratroopers, by assoc. with the Apache chief Geronimo.
Geronimo, secara amnya merupakan suatu ungkapan yang digunakan dalam budaya bahasa Inggeris semasa terjun dari sesuatu tempat. Ungkapan ini tidak wujud atau boleh digunakan dalam sebarang budaya yang lain. Oleh itu, dalam projek alih suara ini, ungkapan ‘geronimo’ hanya diinterpretasikan menjadi suara jeritan yang biasa digunakan semasa terjun dari tempat yang tinggi.
4.1.2 Penyeragaman Bibir
Dalam alih suara, penyeragaman bibir penutur asal dengan suara pengalih suara adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan dan meningkatkan keselesaan penonton sasaran. Penghasilan skrip alih suara mestilah bersesuaian dengan bilangan suku kata dan tempoh masa pergerakan bibir watak dalam filem.
Contoh 1
Twins: You wet my bed? (4 suku kata)
BK: 你在我张床度赖尿?
(nei hai ngo cheong chong dou lai liu) (8suku kata)
(Kamu kencing atas katil saya?)
Maksud bahasa asal dapat dikekalkan tetapi ayat dalam bahasa sasaran lebih panjang berbanding dengan bahasa asal. Dalam kes ini, pengguguran atau penstrukturan semula ayat tidak dapat dilakukan. Oleh itu, pengalih bahasa mesti menambahkan kelajuan pertuturan supaya bersesuaian dengan bibir watak dalam filem.
Contoh 2
Twins: Night time is possum time. Yeah we own the night baby (13 suku kata)
BK: 夜晚系我地嘅时间啊,Babe!
(Ye man hai ngo dei geh si gan ah babeh!) (11 suku kata)
(Malam ialah masa kami, beb!)
Berdasarkan contoh di atas, kaedah gabungan ayat dilakukan. Terdapat dua ayat dalam bahasa asal tetapi penggabungan telah dilakukan dalam bahasa sasaran. Hal ini disebabkan, jika kedua–dua ayat itu diinterpretasikan, maka ayat itu akan menjadi terlalu panjang dan membebankan pengalih suara. Di samping itu, penggabungan ayat telah mengurangkan bilangan suku kata dan seterusnya memberikan masa yang lebih panjang untuk pengalih suara menuturkan ayat itu, yang menjadikannya lebih sejadi dalam bahasa sasaran, berbanding dengan bertutur dengan pantas.
Contoh 3:
Allie: This is not the time guys. We need all the help we can get! (14 suku kata)
BK: Yi ka mm hai chou kau geh si hau ah! (10 suku kata)
(Sekarang bukan masa bergaduh!)
Berdasarkan contoh ketiga, kaedah pengguguran (Jing Chen 2007:540) dilakukan terhadap ayat sasaran. Pengguguran terpaksa dilakukan terhadap ayat kedua dalam bahasa asal kerana jika diinterpretasikan, ayat itu akan menjadi terlalu panjang dan penyeragaman bibir dengan suara sukar dilakukan. Dapat diperhatikan bahawa ayat pertama yang diinterpretasikan dalam bahasa Kantonis sudah mengandungi 10 suku kata. Kaedah penggabungan seperti dalam contoh 2 tidak dapat dilakukan. Maka pengalih suara terpaksa menggugurkan ayat yang kedua yang dirasakan boleh digugurkan kerana tidak mengandungi maklumat yang penting. Mesej utama yang ingin disampaikan telah diinterpretasikan dalam bahasa sasaran.
4.1.3 Suara
Oleh sebab ahli kumpulan dalam projek ini amat terhad dan semuanya terdiri daripada perempuan, maka masalah kekurangan suara lelaki sukar untuk diatasi. Sesetengah ahli kumpulan terpaksa menyamar suara lelaki dan sesetengah watak yang asalnya lelaki, telah ditukar menjadi suara perempuan.
Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan perisian, tetapi disebabkan kekurangan bajet dan kepakaran, pengalih suara hanya berupaya menjalankan tugas masing–masing mengikut kebolehan sendiri.
Bagi bunyi dan suara binatang pula, bunyi asal dalam filem dikekalkan dengan menggunakan perisian Power Director.
4.1.4 Masalah Teknikal
Disebabkan kekurangan kepakaran, penyeragaman bibir dengan suara memakan masa yang panjang. Selain itu, terdapat juga masalah komputer yang menyebabkan kerja alih suara terpaksa dilakukan beberapa kali.
Masalah teknikal lain yang dihadapi ialah kesukaran untuk memilih muzik latar yang bersesuaian dengan babak dalam filem. Muzik latar perlu dimasukkan dalam hampir kesemua babak dalam filem untuk mengurangkan bunyi persekitaran semasa rakaman dilakukan. Pemilihan muzik melalui soundtrack yang dimuat turun memakan masa yang lama dan pemasukan muzik ke dalam filem juga amat sukar bagi pengalih suara.
5.0 Kesimpulan
Kerja alih suara adalah suatu kerja yang memerlukan tahap kesabaran dan kepakaran yang tinggi. Kelebihan alih suara filem kartun ialah ia lebih mudah untuk menyeragamkan bibir watak dengan suara pengalih suara. Hal ini disebabkan pergerakan bibir watak kartun tidak sejelas pergerakan bibir manusia. Selain itu, suara jantina dalam watak binatang juga boleh ditukar jika dibandingkan dengan suara manusia. Jantina manusia kelihatan sangat ketara dan jika suara tidak bersesuaian dengan jantina itu, maka hasil alih suara akan kelihatan janggal.
Kekurangan alih suara filem kartun pula ialah kesukaran untuk menyamar suara binatang yang pelik–pelik. Di samping itu., kerja memasukkan bunyi binatang itu juga memakan masa yang panjang. Selain itu, disebabkan filem ini merupakan filem lawak, maka terdapat banyak jenaka yang sukar disampaikan kepada penonton sasaran kerana kekangan dalam bahasa itu sendiri.
Penyediaan laporan melalui wikispaces ini menjimatkan masa, wang dan kertas. Pelajar tidak perlu lagi keluar mencetak laporan dan pergi ke bilik pensyarah untuk menghantarnya. Diharapkan kaedah menyediakan laporan melalui wikispaces ini boleh diteruskan pada masa hadapan.
6.0 Rujukan
Hornby.A.S., 2005, Oxford Advanced Learner's Dictionary, Oxford University Press Elt
Jing Chen, 2007, Meta : journal des traducteurs / Meta: Translators' Journal, vol. 52, n° 3,p. 529-541.
Shuttleworth.M, January 1997, Dictionary of Translation Studies, Great Britain, Saint Jerome Publications.
http://translationjournal.net/journal//32film.htm